Selamat Datang Ke Laman Politik@SaujanaUtama.Net
Laman Web ini diperkenalkan sebagai percubaan bagi membincangkan hal ehwal politik kepartian, khususnya di Saujana Utama. Namun pengunjung diingatkan supaya saling bertanggungjawab, tidak keterlaluan dalam keterbukaan yang diberikan. Pihak Admin masih berhak untuk menapis atau membatalkan apa yang difikirkan tidak bersesuaian demi kebaikan semua. Sama ada akan diteruskan atau tidak laman ini, bergantung kepada bagaimana anda menggunakannya secara hikmah. Iklan komersial masih tertakluk kepada saujanautama.net.Thread Forum Aktif Terkini
Forum Dan Pelancaran Buku Jingga
Minum petang dan Forum Perdana dan Pelancaran Buku Jingga Peringkat Parlimen Kuala Selangor telah berjaya di Rumah Kelab Saujana Utama pada 8 Mei 2011. Panel yang dijemput khas bagi membincangkan forum ini adalah YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR. Program ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Kuala Selangor dan dipengerusikan oleh Sdr Fakarudin Ismail, Ahli Majlis Kuala Selangor.
Pelbagai isu yang dibahaskan dan dibincangkan oleh Ahli Panel tersebut seperti Krisis Ekonomi Negara, masalah bebanan rakyat, gaji minima, dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat, strategi memacu ekonomi berprestasi tinggi dan Program 100 Hari pakatan rakyat.
Program ini diadakan secara 3 pusingan yang lebih interaktif dan efektif. Dihadiri lebih kurang 200 orang bagi tujuan kefahaman yang lebih mendalam. Program ini boleh dilihat melalui youtube di alamat : Rakaman Buku Jingga

ADAKAN PERHIMPUNAN ANTI POLITIK LUCAH
Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut;
1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain.
2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan.
3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.
4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri.
5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran.
- Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO
Dato’ Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.
Video Seks "Anwar": Permainan Politik Siapa?
Tuesday, March 22, 2011
1. Tiba-tiba sahaja seluruh negara digemparkan dengan isu video perlakuan seks yang dikatakan menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim. Pendedahan ini dibuat oleh seseorang yang meminta beliau dikenali sebagai Datuk T.
2. Datuk T mengadakan sidang akhbar di Carcosa Seri Negara semata-mata untuk mendedahkan sebuah video "lucah" dan mendakwa lelaki yang terbabit dalam video tersebut ialah dato Seri Anwar Ibrahim. Kejadian tersebut dirakamkan pada 21 Februari 2011 tetapi tidak dimaklumkan di hotel mana ia berlaku.
3. Siapakah Datuk T ini? Jika dilihat dari laporan media, tiada siapa pun yang mengenali beliau atau tahu nama sebenar beliau. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau boleh mengenali Anwar dan membantu mencari jam Anwar di dalam bilik hotel tersebut. Kononnya beliau menjumpai video tersebut secara tidak sengaja dalam usaha mencari jam di dalam bilik tersebut.

Perlantikan Khusrin Langkah Pertama Umno-BN Rampas Selangor
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata dalam satu sidang media petang tadi di Shah Alam, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK merupakan tindakan pertama Najib dalam usaha merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.
Kerajaan PKR Selangor mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan
Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
PKR AKAN JADI LEBIH KUAT - AZMIN
Azmin: Gesa Zaid Kemuka Bukti, PKR Tidak Goyah
KUALA LUMPUR 9 NOV: Datuk Zaid Ibrahim perlu mengemukakan bukti sahih untuk menyokong dakwaan kononnya kepimpinan tertinggi PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan pucuk pimpinan PKR yang sedang berlangsung.
"Beliau perlu menggemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya," kata Azmin Ali yang juga naib presiden PKR. Azmin juga menyarankan Zaid yang juga Calon Timbalan Presiden PKR yang menarik diri daripada pencalonan semalam digesa mengadakan perbincangan bersama kepimpinan parti sebelum membuat keputusan menggunakan media perdana pro Umno-Barisan Nasional menyerang pucuk pimpinan parti itu.

Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim Umum Tarik Diri Dari Pertandingan Dan Meletak Semua Jawatannya Dalam Parti Hari Ini !
Berita paling mengejutkan dan memang sudah dijangkakan diterima hari ini apabila calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (foto), mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.
Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan. “Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini.
Mengapa PAS kalah di Galas
Pilihan raya kecil (PRK) N.45 Galas sudah berlaku pada 4 November lalu. Kekosongan kerusi yang berlaku sejak 27 September 2010 sudah diisi oleh seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN). Proses pengisiannya berlaku melalui pengundian yang tidak menyebelahi PAS. Kesannya membawa kemerosotan pencapaian PAS yang lebih teruk daripada pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 yang lalu. Ia juga suatu gambaran penggunaan secara salah jentera Kerajaan Pusat di Galas yang mungkin bakal merebak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Justeru itu, PAS yang mengawal sebuah ‘kerajaan kecil’ di Negeri menerima kekalahan di Galas. Mungkinkah ini punca sebenar kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat di Galas?
Banyak jawapan yang boleh diberi oleh jentera kempen PAS semasa post-mortem bagi merasionalisasikan punca PAS kalah di Galas. Namun latar belakang punca kekalahan PAS pada asasnya perlu dilihat dahulu aspek kekuatan sebenar PAS di Galas. Pencapaian PAS tahun 1999 dan 2004 antara ukurannya.

MUkasurat 1 of 2: 12
Kotak Menjerit
Anda mesti login sebelum post mesej.
19/05/2011 08:30
Wikileaks dedahkan hubunkait PM Najib dengan Altanthuya ...
16/05/2011 13:06
as expected ... Anwar ordered to enter defence
09/05/2011 12:54
polis dan pej peguam negara sebenarnya membiarkan rakyat membuat perhitungan sendiri pasal kes ni sebb tu depa buat bodo je...nak edar ke ...nak tayang ke yg penting cakap kat orang kampung itulah DSA
18/04/2011 13:39
Video Seks, polis sahkan bukan DSAI ... info di http://gigitankere
ngga.blogspot.com/
ngga.blogspot.com/
25/03/2011 15:29
salam hari jumaat buat semua forumer